Selasa, 08 Oktober 2013

Sanah Helwa Ya Akhi :)

masa ibarat nyawa bagi manusia 
 mestilah diurus dengan bijaksana
hargailah masa dengan sebaiknya supaya tidak rugi
renungilah masa yang telah berlalu Ia tak akan boleh datang kembali
ambillah ikhtibar untuk diteladani agar terbentuk peribadi yang murni
Isilah masa jangan dipersiakan , rancanglah dengan teliti dan berkesan

Ilmu di cari luaskan pengalaman Ibadah dilupa jangan
perjalanan masa tak menunggu kita semakin lama usia betambah tua
bertuahnya kita jika dapat mencapai umur dan amalan seiring usia
masa muda jangan ikut perasaan masa tua biasanya serba tak senang
datanglah pelbagai penyakit tak diundang , mulakanlah ibadah dari sekarang
Hidup dibina berlandaskan kebenaran semoga pulang dengan hati yang tenang
masa di dunia hanyalah sementara , masa di akhirat kekal selamanya..
marilah tunaikan kewajipan kita pada yang maha Esa
masa tidak akan merugikan kita bila diatur dengan penuh sempurna
seperti yang dituntut oleh agama hidup pastikan sejahtera selamanya......
“Wahai Tuhan kami! 
Janganlah Engkau memesongkan hati kami 
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, 
dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; 

sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. 

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

@Aamiin... Ya Robbal'Aalamiin...

Selasa, 08 Oktober 2013 jam 21:06 
Pesantren Teknologi Informasi dan Komunikasi (PeTIK) 
Depok Pancoranmas Rangkepan jaya .... :D
 

0 komentar:

Posting Komentar